1. Biografi Ibnu Rusyd
Ibnu
Rusyd atau nama lengkapnya Abu Walid Muhammad Ibnu Ahmad lahir di Kardova pada
tahun 1126. Beliau ahli falsafah yang paling agung pernah dilahirkan dalam
sejarah Islam. Pengaruhnya bukan sahaja berkembang luas didunia Islam, tetapi
juga di kalangan masyarakat di Eropah. Di Barat, beliau dikenal sebagai
Averroes. Keturunannya terdiri daripada golongan yang berilmu dan ternama.
Bapanya dan datuknya merupakan kadi di KardPada
lewat penghujung usianya, kedudukan Ibnu Rusyd dipulihkan semula apabila
Khalifah Al-Mansor Al-Muwahhidi menyadari kesilapan yang dilakukannya. Namun,
segala kurniaan dan penghormatan yang diberikan kepadanya tidak sempat dikecapi
karena beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun 1198.
Kematiannya
merupakan kehilangan yang cukup besar kepada kerajaan dan umat Islam di
Sepanyol. Beliau tidak meninggalkan sebarang harta benda melainkan ilmu dan
tulisan dalam pelbagai bidang seperti falsafah, perubatan, ilmu kalam, falak,
fiqh, muzik, kaji bintang, tatabahasa, dan nahwu. Antara karya besar yang
pernah dihasilkan oleh Ibnu Rusyd termasuklah "Kulliyah fit-Thibb"
yang mengandungi jilid, mengenai perubatan secara umum, MabadilFalsafah
(Pengantar Ilmu Falsafah), Tafsir Urjuza yang membicarakan perubatan dan tauhid,
Taslul, buku mengenai ilmu kalam, Kasyful Adillah, yang mengungkap persoalan
falsafah dan agama, Tahafatul Tahafut, ulasannya terhadap buku Imam Al-Ghazali
yang berjudul Tahafatul Falaisafah, dan Muwafaqatil Hikmah Wal Syari'a yang
menyentuh persamaan antara falsafah dengan agama.
2. Filsafat Ibnu Rusyd
Pembicaraan
falsafah Ibnu Rusyd banyak tertumpu pada persoalan yang berkaitan dengan
metafizik, terutamanya ketuhanan. Beliau telah mengemukakan idea yang bernas
lagi jelas, dan melakukan pembaharuan semasa membuat huraianya mengenai perkara
tersebut. Pembaharuan ini dapat dilihat juga dalam bidang perubatan apabila
Ibnu Rusyd memberi penekanan tentang kepentingan menjaga kesihatan.
Beberapa
pandangan yang dikemukakan dalam bidang perubatan juga didapati mendahului
zamannya. Beliau pernah menyatakan bahawa demam campak hanya akan dialami oleh
setiap orang sekali sahaja. Kehebatannya dalam bidang perubahan tidak berlegar
di sekitar perubatan umum, tetapi juga merangkum pembedahan dan fungsi organ di
dalam tubuh manusia. Ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh Ibnu Rusyd turut
menjangkau bidang yang berkaitan dengan kemasyarakatan apabila beliau cuba
membuat pembahagian masyarakat itu kepada dua golongan iaitu golongan elit yang
terdiri daripada ahli falsafah dan masyarakat awam.
Pembahagian
strata sosial ini merupakan asas pengenalan pembahagian masyarakat berdasarkan
kelas seperti yang dilakukan oleh ahli falsafah terkemudian, seperti Karl Max
dan mereka yang sealiran dengannya. Apabila melihat keterampilan Ibnu Rusyd
dalam pelbagai bidang ini, maka tidak syak lagi beliau merupakan tokoh ilmuwan
Islam yang tiada tolok bandingannya. Malahan dalam banyak perkara, pemikiran
Ibnu Rusyd jauh lebih besar dan berpengaruh jika dibandingkan dengan ahli
falsafah yang pernah hidup sebelum zamannya ataupun selepas kematiannya.